CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 10, 2009

alfatihah buat nenda tercinta..

sudah 9 hari nendaku pergi
menyahut seruan Ilahi
masihku ingat tanggal 2 februari 2009
hari mulia penghulu segala hari

penderitaan nenda akhirnya bernoktah
Allhamdulillah..
nenda pergi dengan tenang
dengan semua putra dan putrinya disisi

kubacakan yasin di sisi arwah nenda
kukucup dahinya yg sejuk kaku
kutatap wajahnya yg tenang
empangan air mata yg cuba kutahan pecah jua

takkan aku lupa wajahnya
ciumanku untuknya yg terakhir kali
sebelum kafan serba putih membaluti
selamatlah nenda di alam sana

nenda selamat dikebumikan selepas solat asar
petang yg tenang di kala hujan rahmat mengiringi
semoga arwah nenda berada dalam rahmatNYA
doaku sentiasa mengiringi
Alfatihah..

0 comments: