CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 24, 2009

Sekadar jenaka

Seorang wanita telah 'terberanak' di dalam lif sebuah bangunan. Wanita itu tidak mahu keluar walaupun sudah puas dipujuk oleh orang di sekelilingnya. Akhirnya, pakar psikologi dan pasukan bomba terpaksa dipanggil untuk memujuk wanita itu supaya keluar dari lif.

Maka, pakar psikologi yang dipanggil itu cuba sedaya upaya untuk memujuk wanita tersebut dengan menggunakan segala ilmu yang ada di dada. "Puan,apa yang nak dimalukan. Marilah kita keluar dari lif ni. Puan perlu buat pemeriksaan lanjut di hospital demi kesihatan puan dan bayi puan", pujuk pakar tersebut. Sambil menangis teresak-esak wanita tersebut berkata "Tak nak!Tak nak!Saya malu". Pakar psikologi tersebut menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil memikirkan idea yang lebih bernas untuk memujuk wanita itu supaya keluar dari lif.

"Takde apa yang nak dimalukan puan. Ini perkara biase je. Puan tahu tak tahun lepas saya pernah handle satu kes yang lagi dasyat. Wanita tu 'terberanak' dalam longkang puan. Kalau nak dibandingkan dengan kes puan ni, takde ape lah puan", katanya dengan penuh bersemangat dengan harapan agar hati wanita itu akan terpujuk.

Sebaliknya wanita itu meraung semakin kuat sambil berkata "Yang terberanak dalam longkang tu pun saya la!Uwaaaaa...".

0 comments: