CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 26, 2009

seandainya..

mlm ni rase pelik sngt
kenapa, apa yg dah jadi
ak pon x tau
ak buat salah ke

tp ak mesti bersedia
untuk sebarang kemungkinan
itu yg telah ak letakkan dlm diri
sebelum ak buat keputusan dulu

~~susah hati~~

Thursday, December 24, 2009

ramalan 2010 - tanda kiamat sudah dekat

Satu gempa bumi sekuat 8.6 pada skala Richter diramal berlaku di bawah Pulau Siberut, Sumatera Barat dengan mencetuskan gelombang tsunami yang boleh menyamai tragedi di Aceh yang mengorbankan hampir 230,000 nyawa pada 2004.

Berdasarkan ramalan pakar-pakar geologi, gempa itu boleh berlaku pada bila-bila masa mulai sekarang hinggalah untuk tempoh dua dekad akan datang.

Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi, Dr. Mohd. Rosaidi Che Abas berkata, gempa sekuat itu boleh menyebabkan tsunami yang mengancam kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia terutama Melaka dan Johor.

Jika gempa berlaku di Pulau Siberut dan mencetuskan tsunami, rakyat Malaysia di kawasan pantai barat Semenanjung hanya ada masa tidak sampai empat jam untuk menyelamatkan diri.

- KOSMO!

kesan zikir kepada otak

nukilan ini saya ambil dari blog ija.saya tertarik dgn kandungan artikel ni.rugi rasanya kalau saya x manfaatkan untuk renungan kita bersama..luangkanlah beberapa minit dari hidup anda untuk membacanya dan renungkanlah..

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Sekadar jenaka

Seorang wanita telah 'terberanak' di dalam lif sebuah bangunan. Wanita itu tidak mahu keluar walaupun sudah puas dipujuk oleh orang di sekelilingnya. Akhirnya, pakar psikologi dan pasukan bomba terpaksa dipanggil untuk memujuk wanita itu supaya keluar dari lif.

Maka, pakar psikologi yang dipanggil itu cuba sedaya upaya untuk memujuk wanita tersebut dengan menggunakan segala ilmu yang ada di dada. "Puan,apa yang nak dimalukan. Marilah kita keluar dari lif ni. Puan perlu buat pemeriksaan lanjut di hospital demi kesihatan puan dan bayi puan", pujuk pakar tersebut. Sambil menangis teresak-esak wanita tersebut berkata "Tak nak!Tak nak!Saya malu". Pakar psikologi tersebut menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil memikirkan idea yang lebih bernas untuk memujuk wanita itu supaya keluar dari lif.

"Takde apa yang nak dimalukan puan. Ini perkara biase je. Puan tahu tak tahun lepas saya pernah handle satu kes yang lagi dasyat. Wanita tu 'terberanak' dalam longkang puan. Kalau nak dibandingkan dengan kes puan ni, takde ape lah puan", katanya dengan penuh bersemangat dengan harapan agar hati wanita itu akan terpujuk.

Sebaliknya wanita itu meraung semakin kuat sambil berkata "Yang terberanak dalam longkang tu pun saya la!Uwaaaaa...".

Tuesday, November 10, 2009

syukur

alhamdulillah..
syukur yg x terhingga ke hadratNYA
akhirnya doaku dimakbulkan jua
semoga anugerah ini akan membantuku
ke arah jalan yg diredhaiNYA

"aku mencintaimu kerana agama yang ada dalam dirimu,
jika kamu hilangkan agama dalam dirimu maka,
bererti hilanglah jua cintaku padamu"

"aku jua mencintaimu kerana dirimu,
kerana sifat yang Allah anugerahkan kepadamu,
tiada yanng lebih ikhlas melainkan kamu,
seadanya kamu menerimaku"

YA ALLAH..
limpahkanlah rahmatmu untukku dan dia..
temukanlah kami di gerbang impian..
di mana yg haram menjadi halal..
di mana yg dosa bertukar menjadi pahala..

AMIN

Tuesday, October 6, 2009

renung sejenak

selaku manusia dan hamba kepadaNYA, kita mmg x boleh lari dari diuji.kenapa kita diuji oleh Allah dengan pelbagai ujian yg silih berganti?sesungguhnya DIA yg Maha Mengetahui.jgnlah kita cpt melenting dan menyalahkan takdir atas ujian yg menimpa kita.jika kita bersabar dan redha, INSYAALLAH, kita akan mendapat ganjaran yg berlipat ganda dariNYA.kdg2 ujian yg diturunkan oleh Allah bknlah sng untuk kita hadapi.kdg2 ujian yg maha berat lg menyiksa jiwa.kdg2 ia memerlukan masa untuk kita pulih dr ujian tersebut.kdg2 ia memerlukan seribu pengorbanan untuk mengatasinya.dan kdg2 seumur hidup kita perlu berhadapan dengan ujian itu.namun begitu ingatlah,jika di dunia ini kita tidak putus2 diuji,jgnlah kita cpt berpaling dariNYA dan mencari jalan pintas untuk mendapat kesenangan dunia.ingatlah dunia ini hanyalah satu pentas lakonan.semuanya palsu dan sementara.nikmat yg sebenar letaknya di syurga yg hakiki. ada juga saudara kita yg diuji dengan kenikmatan dunia yang tidak terhingga.jika ia leka dan lalai maka ia telah gagal dengan ujian duniawi tersebut.nauzubillah..


Tuesday, September 29, 2009

Kuku Dan Cincin

> > Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia jugabukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
> > Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh ataupun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerahsantan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dan lain-lain. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.
> > Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.
> > Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
> > Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri
> > Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
> > 1] jari manis
> > 2] jari kelingking (anak jari)
> > dan jangan memakai pada jari
> > 1] jari tengah
> > 2] jari telunjuk
> > Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
> > p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan
> > juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang saja kita dapat kita pahala.

Thursday, August 6, 2009

Pernahkah Kamu Terfikir Kenapa Kita Berwudhu' Sedemikian



1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

Thursday, July 9, 2009

sayang mereka


ni la anak murid saya
dorng ni darjah 4
dorng ni nakal yg amat
tp sy syg dorng



ni pn anak murid saye
dorng darjah 3
comelkan dorng
saye syg dorng


Saturday, June 13, 2009

KEKUATAN WANITA

RENUNGAN BERSAMA

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Thursday, June 11, 2009

DESTINY

i don't want to run away
but i can't take it
i don't understand

if u r not made for me
then y does my heart
tell me tat i am

~daniel bedingfield

Saturday, May 30, 2009



da jadi penganggur balik..
huhu

saye mahu kerja..
huuu....

Tuesday, May 26, 2009


malas nak bercakap..
malas dah nak cakap..

~~~~~~~~~~

Monday, May 25, 2009




wink~wink

ikot je la
jgn smpi limit sudah

Wednesday, May 20, 2009

saye sedih hari ni..

sedih sangat..

makin lama saye jadi makin tak faham..

kenapa perkara mcm ni selalu jadi kat saya..

dingin sekali saya diperlakukan..

makin lama makin kaku..

sedangkan saya cuba sehabis daya..

saya terfikir..

boleh ke manusia berubah sekelip mata??..

jgn ditanya kenapa..

saya tak mampu tok bercerita..

alangkah indahnya kalo teman2 ada di sisi..


Saturday, May 16, 2009

HEPI TEACHERS DAY



SELAMAT HARI GURU
UNTUK SEMUA INSAN YANG BERGELAR CIKGU




Friday, May 15, 2009

one litre of tear

Nagareru kisetsu no mannaka de
Futo hi no nagasa wo kanjimasu
Sewashiku sugiru hibi no naka ni
Watashi to anata de yume wo egaku


Sangatsu no kaze ni omoi wo nosete
Sakura no tsubomi wa haru e to tsuzukimasu


Afuredasu hikari no tsubu ga
Sukoshi zutsu asa wo atatamemasu
Ookina akubi wo shita ato ni
Sukoshi tereteru anata no yoko de


Arata na sekai no iriguchi ni tachi
Kizuita koto wa hitori ja naitte koto


Hitomi wo tojireba anata ga
Mabuta no ura ni iru koto de
Dore hodo tsuyoku nareta deshou
Anata ni totte watashi mo sou de aritai


Sunabokori hakobu tsumujikaze
Sentakumono ni karamarimasu ga
Hirumae no sora no shiroi tsuki wa
Nandaka kirei de mitoremashita


Umaku wa ikanu koto mo aru keredo
Ten wo aogeba sore sae chiisakute


Aoi sora wa rin to sunde
Hitsujigumo wa shizuka ni yureru
Hanasaku wo matsu yorokobi wo
Wakachiaeru no de areba sore wa shiawase


Kono saki mo tonari de sotto hohoende

Thursday, May 14, 2009

A HIDING..

it is okey when i'm in pain by myself
but when i can't take it anymore
i started to gave trouble to people around me
really agonizing

so i did promise to myself
i won't be fragile
ignorance
keep trying to hide it

i believe in myself
i believe i can handle it
just by myself
i will try with my bloody very best

Thursday, May 7, 2009

assalamualaikum cikgu untukku

ari ni dah lebey krg 2 bulan ak jadi seorang pendidik..

banyak la jgk pengalaman yg ak dapat..

kdg2 rase cam x seswai je jiwe ak ng bidang neh..

ye la..ak ni sensitif..

budak wat hal je ak dah berapi..emo la katekan..haha

mule2 mmg xleh nak control..abes kene marah anak murid ak tuh..

tu la sape suh nakal..kang dah kene tarik telinge ngn cikgu..haha

lps lame sket baru la ok sket..tahap kesabaran ak leh dikatekan tinggi la gak..

emm,tinggal lebey krg 2 minggu lebey lg ak akn bergelar cikgu ja kat skak..haha

rs syg plak kat skolah n anak2 murid ak tuh..walaupun depa tu nakalnye..MasyaAllah..

kdg2 rs sonok gak jd cikgu esp time de even kt skolah coz xyah ngaja ritu..haha

alamak,dah lewat..nnt ak sambung lg merepek..tuttt..tutt..tutt..

Monday, April 6, 2009

busan..

saye busan..

saye busan..

busan lagi..

busan lagi..

lagi..

dan lagi...

Wednesday, March 18, 2009

MENGENALI SIFAT SEORANG PENGHUNI SYURGA

Pada suatu hari, Rasulullah bersabda kepada sahabat, “Sebentar lagi seorang penghuni syurga akan masuk”. Mendengar khabar itu semua mata tertumpu ke pintu masjid. Dalam fikiran sahabat terbayang watak orang yang luar biasa.
Tiba-tiba masuklah seorang lelaki yang mukanya masih basah dengan wudhuk. Penampilannya biasa sahaja dan bukannya orang terkenal. Namanya ialah Abu Umamah Ibnu Jarrah. Keesokan harinya, peristiwa tersebut berulang. Begitu juga dengan hari-hari seterusnya. Sahabat menjadi hairan, amalan apa dilakukan orang itu sehingga Rasulullah SAW menyebutnya calon penghuni syurga.
Di kalangan sahabat, Abdullah bin Amr bin Ash’ meminta izin kepada Abu Umamah untuk bermalam di rumahnya selama 3 hari. Tiga hari tiga malam Abdullah memperhatikan, meneliti bahkan mengintip tuan rumah. Namun tidak ada suatu pun yang istimewa. Hari dilalui tidak jauh berbeza dengan sahabat lain. Ibadatnya pun biasa sahaja.
Pasti ada sesuatu yang disembunyikan. Aku mesti berterus terang kepadanya, ujar Abdullah. Ia pun bertanya, “Amalan apakah yang engkau lakukan sehingga Rasulullah SAW memanggilmu calon penghuni syurga?”. Jawapan Abu Umamah sungguh mengecewakan, “Apa yang engkau lihat itulah amalanku”.
Ketika Abdullah hendak pergi, tiba-tiba tuan rumah berkata “Wahai saudaraku, sesungguhnya aku tidak pernah iri hati dan dengki terhadap nikmat yang Allah berikan kepada kepada orang lain. Sebelum tidur aku selalu bersihkan hati daripada ujub, takbur, dengki dan rasa dendam”.
Jelaslah di sini, hanya orang berhati bersih yang akan memasuki syurga tertinggi, juga bertemu dengan Al-Khaliq, Allah Azza Wa Jalla. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan janganlah engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan (iaitu) di hari harta dan anak pinak tidak berguna, kecuali orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.” (Surah as-Syu’araa, ayat 78)
Kebersihan hati adalah kunci untuk membuka pintu syurga. Sekecil mana pun amalan, tetap akan dapat memasukkan orang ke syurga, asalkan ia memilki hati bersih. Sebailknya sebanyak mana pun amalan, tidak akan bererti sama sekali apabila kita memilki hati penuh penyakit. Oleh itu, selain sibuk memperbanyakkan amalan kebaikan, hendaklah menjaga hati daripada penyakit membahayakan kerana sia-sia saja menghiasi diri dengan amalan wajib mahupun sunat sedangkan hati tidak pernah dibersihkan. Sebaliknya walaupun amalan kita biasa sahaja, namun hati bersih, maka nilainya akan jauh lebih tinggi di hadapan Allah.

Monday, January 26, 2009

KEKEJAMAN ISRAEL..BACALAH

FAKTA-FAKTA PENTING

  • Kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh Rejim Yahudi yang disokong Kerajaan Amerika terhadap kemanusiaan dan negara-negara lemah telah berlarutan sejak puluhan tahun dahulu.
  • Mereka pula disokong kuat dengan bantuan moral dan kewangan yang besar oleh banyak syarikat-syarikat penyokong dan berkepentingan Yahudi yang tidak bermoral, tidak bertanggung jawab dan semata-mata “ mempergunakan pengguna” yang sering dilayan tak lebih dari haiwan (goyim).
  • Sebagai manusia yang adil, pengguna bijak dan menjaga maruah kita, seharusnya kita berurusan dengan syarikat yang menghormati hak kemanusiaan dan kepenggunaan. Adalah lebih baik kita memberi keuntungan kepada syarikat yang mesra pengguna, bermoral dan beretika daripada syarikat yang tidak menghormati malah menindas nilai kemanusiaan, keagamaan malah menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk terus membantu proses penindasan dan kezaliman.
  • Atas kesedaran ini, rasanya tidak cukup untuk kita sekadar “ mengutuk” Rejim Israel. Setiap daripada kita yang sedar dan ingin melakukan sesuatu untuk menghentikan keganasan dan kezaliman ini dapatlah memainkan peranan dengan menyertai boikot terpilih bagi menyampaikan isyarat kepada mereka yang buta perasaan dan hati ini.
  • * Demi keamanan & kesejahteraan kemanusiaan sejagat bersatu kita BOIKOT 3 buat permulaan, 3 produk pilihan yang terbukti menyokong dan berkepentingan Yahudi dipilih sebagai produk yang akan diboikot bagi memberi fokus dan memudahkan kita mengukur keberkesanan kempen boikot produk penyokong dan berkepentingan Yahudi bagi menentangi keganasan dan peperangan.
  • Asas pemilihan 3 syarikat ini adalah kerana terdapat banyak lagi produk altenatif, produk tidak kritikal, produk tidak membawa kebaikan selain daripada dasar syarikat dan produk yang amat tidak beretika..
  • Jika jualan mereka boleh dijejaskan dengan boikot ini, syarikat-syarikat lain juga akan berfikir 2 kali kali sebelum meneruskan sokongan mereka kepada Rejim zalim ini.
  • Perjuangan ini dibawa dan didokong bersama: MAPAN, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, AMAN MALAYSIA, PRESMA, KIMMA, IIS, Yayasan Kerjaya Malaysia, parti-parti Politik, NGO-NGO Kemanusiaan & Keamanan, individu-individu yang inginkan kedamaian serta rakyat Malaysia prihatin yang tidak dapat disenaraikan.
  • “ Penyokong kepada musuh kita adalah musuh kita jua.” Perjuangan membela keadilan dan kesejahteraan kemanusiaan sejagat adalah tanggungjawab kita bersama dan memerlukan sedikit pengorbanan. Ianya boleh dilakukan sebagai agenda kita bersama walaupun kita mempunyai fahaman, ideologi dan keturunan yang berbeza.Mari kita buktikan kita boleh lakukan sesuatu dalam perjuangan membawa keamanan dan masa depan kita bersama!

Saturday, January 10, 2009

alfatihah buat nenda tercinta..

sudah 9 hari nendaku pergi
menyahut seruan Ilahi
masihku ingat tanggal 2 februari 2009
hari mulia penghulu segala hari

penderitaan nenda akhirnya bernoktah
Allhamdulillah..
nenda pergi dengan tenang
dengan semua putra dan putrinya disisi

kubacakan yasin di sisi arwah nenda
kukucup dahinya yg sejuk kaku
kutatap wajahnya yg tenang
empangan air mata yg cuba kutahan pecah jua

takkan aku lupa wajahnya
ciumanku untuknya yg terakhir kali
sebelum kafan serba putih membaluti
selamatlah nenda di alam sana

nenda selamat dikebumikan selepas solat asar
petang yg tenang di kala hujan rahmat mengiringi
semoga arwah nenda berada dalam rahmatNYA
doaku sentiasa mengiringi
Alfatihah..